.Disclaimer.

Any views or opinions presented in blog are solely those of the author (me) and do not necessarily represent others. Any such communication is welcome in my blog to allow active environment.

Warning: I will kick your ass if make any trouble here.

Sunday, March 6, 2011

Lelaki, BACER! Wanita. BACER~ =)





Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..

Sabda Rasulullah SAW

” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس

Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya


” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”


Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :
“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

Pagi ni aku buka halaqah, aku tertarik dengan tajuk yang macam aku tulis tajuk kat sini. Kadang aku fikir, tak kesian ke wanita kepada lelaki yang kurang berkemampuan tetapi berkeinginan untuk berkahwin dengan si dia. Dan lelaki akan merasa tertekan pada masa yang sama perasaan itu tidak ditunjukkan dan akan mendiamkan diri.

Aku cuba quote kan komen2 yang telah dibalas di tajuk ini.

Apa pula kaitan tanggungjawap seorang lelaki dengan nilai duit hantaran tu? Ikut syariatkah jika nilai wang hantaran tu diletakkan tinggi-tinggi? Lagipun wang hantaran tu nak buat apa sebenarnya? Adakah alasannya kerana sekarang harga barang-barang mahal,maka nilai wang hantaran pun jadi tinggi?

Rasanya tak logik langsung ada kaitan antara nilai wang hantaran dengan tanggungjawap seorang suami dan menghargai sebuah perkahwinan. Sebenarnya nilai wang hantaran tinggi tu lebih menyukarkan perkahwinan untuk dilangsungkan saja. Semakin tinggi nilainya semakin sukar untuk seorang lelaki berkahwin. Tambahan jika ibu bapa letakkan nilai wnag hantaran ikut kelulusan anak. Macam ikut kelayakan jawatan pula, SPM dikelaskan dalam N17 atau N19, gajinya sekian-sekian, Diploma DGA 29 atau DGA32,gajinya lingkungan ini,ijazah pula DG 41 atau U48 gajinya banyak ni, MA (master) gaji lagi tinggi dan PhD pula gajinya begini...

Agaknya kebanyakkan (bukan semua) ibu bapa sekarang ikut standard nilah dalam meletakkan nilai hantaran anak perempuannya...

Melalui pengamatan aku, ianya memang sudah pun terjadi dan sudah menjadi trend masakini.

saya setuju dgn kata2 air mata kasih.. xde kaitan pun seseorang lelaki dengan nilai hantaran... bagi saya hantaran yg tinggi tu trend saja, makin banyak makin tinggi la nilai status seseorang wanita.. KONONNYA... AGAKNYA LA kesian org dulu2 kan.. berapa mahal sgt la hantaran orang tua kita, tapi kita lihat kebahagian mereka yg tiada tolok bandingan.. nilai hantaran yg tinggi tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.. pesan buat semua: jangan la materialistik sangat... hidup ini hanya sementara dan dunia ini hanya pinjaman. penuhkan la dengan amal ibadat

(sumber FB)

p/s: alhamdulillah, penuhkan ilmu didada sblom kawin =)

2 comments:

Nur Hidayah Bohari said...

hantaran yat rm20,000.yat kate tu murah.hehe

vLapin said...

RM 20,000...?? murah jer.. asal tak mintak 200k ker? 2m ker? 2b ker? takat 20,000 ape barang.. hihihi